Waemusor, Ahmadkamae
(2011)
Penerokaan Dimensi Dan Amalan Kepemimpinan Kerohanian Islam Pengetua Sekolah Agama Rakyat Di Selatan Thailand.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka dimensi kepemimpinan kerohanian Islam pengetua sekolah agama rakyat di Selatan Thailand. Secara khusus kajian ini hendak mengenal pasti amalan kepemimpinan para pengetua dalam setiap dimensi kepemimpinan menurut perspektif guru, mendapat maklumat tentang rasional di sebalik amalan yang diutamakan dan amalan yang kurang diutamakan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data daripada 360 orang guru dari 30 buah sekolah agama rakyat di tiga wilayah di Selatan Thailand, iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat.
Actions (login required)
|
View Item |