Peranan Aktiviti Penyelidikan, Pembangunan Dan Pengkomersilan Di Universiti Sains Malaysia Terhadap Penjanaan Pengetahuan Dan Inovasi Dalam Pembangunan Bandar

Hanafi, Nurhazliyana (2012) Peranan Aktiviti Penyelidikan, Pembangunan Dan Pengkomersilan Di Universiti Sains Malaysia Terhadap Penjanaan Pengetahuan Dan Inovasi Dalam Pembangunan Bandar. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (575kB) | Preview

Abstract

Inovasi dan ilmu pengetahuan adalah merupakan pemacu dalam pembangunan bandar masa kini. Sebagai prasyarat, suatu ekosistem inovasi berkesan diperlukan dalam menjayakan proses penghasilan inovasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan disokong oleh hubung jalin yang bercorak simbiosis antara IPT-Industri-Pemerintah seperti yang berlaku di negara maju. Penyelidikan ini membincangkan tentang peranan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam penghasilan idea, penjanaan ilmu pengetahuan dan produk baru melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan. Objektif kajian ialah (i) untuk mengenal pasti aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan, (ii) untuk menilai proses penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan yang dijalankan dalam menghasilkan produk dan ilmu pengetahuan baru untuk dipasarkan, (iii) untuk menilai masalah yang wujud dan (iv) mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan dalam proses penghasilan inovasi dan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pengkomersilan hasil penyelidikan di USM.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 03 Oct 2018 02:02
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/42253

Actions (login required)

View Item View Item
Share