Kusenin, Norulhuda Sarnon
(2011)
Isu Psikososial Dan Cabaran Program Pertukaran Jarum Dan Picagari (NSEP).
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian kualitatif berbentuk eksploratori ini secara umumnya bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan NSEP yang merupakan salah satu intervensi dalam Pengurangan Kemudaratan. Fokus penilaian kajian adalah kepada aspek-aspek psikososial IDU dan pandangan mereka sendiri mengenai penambahbaikan perkhidmatan ini. Objektif kajian ini ialah: (1) mengenalpasti ciri-ciri psikososial IDU yang terlibat dengan NSEP, (2) mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh mereka untuk berhenti mengamalkan tingkah laku berisiko, (3) mendapatkan pandangan IDU terhadap program NSEP, (4) mendapatkan cadangan daripada IDU untuk perkhidmatan NSEP dan (5) melihat peranan yang boleh dimainkan oleh pekerja sosial untuk meningkatkan perkhidmatan NSEP.
Actions (login required)
|
View Item |