Kesan Penglitupan Kuratif Ke Atas Sifat-Sifat Tensil Filem Lateks Getah Asli

Harahap, Hamidah (2010) Kesan Penglitupan Kuratif Ke Atas Sifat-Sifat Tensil Filem Lateks Getah Asli. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (110kB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah penglitupan kuratif untuk menghasilkan filem lateks yang tersambung silang. Melalui kaedah ini filem tersambung silang disediakan dengan merendam filem tersebut di dalam takungan kuratif dan diikuti dengan pengeringan. Sebatian lateks GA disediakan berasingan dengan bahan-bahan dispersi kuratif. Sebatian lateks GA hanya dicampur dengan anti oksidan sahaja dan filem yang terhasil dengan kaedah pencelupan berkoagulan kering kemudian direndam ke dalam sebatian kuratif untuk proses sambung silang. Kesan parameter rendaman (masa dan suhu) serta parameter pengeringan (masa dan suhu) terhadap sifat-sifat filem yang terhasil telah dikaji.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > TN Mining Engineering. Metallurgy > TN1-997 Mining engineering. Metallurgy
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (School of Material & Mineral Resource Engineering) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 01 Oct 2018 01:34
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/42217

Actions (login required)

View Item View Item
Share