Harahap, Hamidah
(2010)
Kesan Penglitupan Kuratif Ke Atas
Sifat-Sifat Tensil Filem Lateks
Getah Asli.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah penglitupan kuratif untuk
menghasilkan filem lateks yang tersambung silang. Melalui kaedah ini filem
tersambung silang disediakan dengan merendam filem tersebut di dalam takungan
kuratif dan diikuti dengan pengeringan. Sebatian lateks GA disediakan berasingan
dengan bahan-bahan dispersi kuratif. Sebatian lateks GA hanya dicampur dengan
anti oksidan sahaja dan filem yang terhasil dengan kaedah pencelupan berkoagulan
kering kemudian direndam ke dalam sebatian kuratif untuk proses sambung silang.
Kesan parameter rendaman (masa dan suhu) serta parameter pengeringan (masa dan
suhu) terhadap sifat-sifat filem yang terhasil telah dikaji.
Actions (login required)
|
View Item |