Lubis, Muhammad Sobron Yamin
(2008)
Pembangunan Mata Alat Seramik Untuk Pemesinan Keluli Aloi.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Pembangunan bahan kejuruteraan yang semakin meningkat kekuatan dan kekerasannya, memerlukan bahan mata alat potong yang memiliki kekerasan, kekuatan dan ketahanan terhadap suhu yang tinggi. Dari pelbagai jenis bahan mata alat yang ada, bahan seramik sangat berpotensi digunakan sebagai bahan mata alat, kerana bahan seramik memiliki sifat-sifat keras, kuat, tahan terhadap suhu tinggi dan tidak bertindakbalas secara kimia dengan bahan logam. Kajian ini memiliki dua bahagian utama iaitu proses pembuatan mata alat seramik dan penilaian sifat-sifat serta prestasi pemotongan mata alat.
Actions (login required)
|
View Item |