Ahmad, Mokhtarrudin
(2011)
Amalan Perhubungan Awam: Kajian Terhadap Kecemerlangan Dan Amalan Perhubungan Awam Di Organisasi Tersenarai Di Bursa Malaysia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Sumbangan perhubungan awam kepada keberkesanan organisasi telah diperakui diperingkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, kajian terhadap sumbangan perhubungan awam di Malaysia masih kurang dilaksanakan. Sehubungan itu, kajian ini telah dilaksana berdasarkan model kecemerlangan perhubungan awam (Grunig etal., 1992) dan model perhubungan awam (Grunig & Hunt, 1984). Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara faktor kecemerlangan perhubungan awam dengan amalan perhubungan awam, dengan mengambil kira dimensi kesan faktor budaya dan kuasa.
Actions (login required)
|
View Item |