Idris, Mohd Nazri
(2011)
Penghasilan Karbon Teraktif Daripada Kelongsong Biji Getah Sebagai Bahan Penjerap Untuk Penyingkiran Pencelup.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bagi memperolehi karbon teraktif (KT) daripada kelongsong biji getah. Kaedah pengaktifan kimiafizikal melalui rawatan natrium hidroksida (NaOH) dan penggasan karbon dioksida (CO2) telah digunakan. Rekabentuk komposit pusat dipilih bagi menentukan keadaan operasi optimum antara suhu, tempoh pengaktifan dan nisbah jerap isi (NJI) NaOH:arang, bagi penghasilan KT sebagai bahan penjerap kepada pencelup-pencelup malacit hijau (MH) dan remazol biru R (RBR). Beberapa siri pencirian digunakan untuk menentukan sifat hasilan KT.
Actions (login required)
|
View Item |