Kesan Nisbah Protein : Lipid Dan Asid Lemak W3 : W6 Di Dalam Diet Ke Atas Prestasi Tumbesaran Dan Penggunaan Nutrisi Dalam Anak Ikan Baung, Mystus Nemurus

Nain, Nor Afini Mat (2010) Kesan Nisbah Protein : Lipid Dan Asid Lemak W3 : W6 Di Dalam Diet Ke Atas Prestasi Tumbesaran Dan Penggunaan Nutrisi Dalam Anak Ikan Baung, Mystus Nemurus. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (319kB) | Preview

Abstract

Dua kajian telah dijalankan untuk menentukan paras kombinasi protein : lipid dan kesan manipulasi nisbah asid lemak ω3 : ω6 dalam pemakanan anak ikan baung, Mystus nemurus. Dalam Eksperimen I, lapan diet berisonitrogen dan isokalori dengan dua paras protein (35% dan 40%) dan empat paras lipid (5%, 10%, 15% dan 20%) telah dirumus dan setiap diet yang diuji dikodkan sebagai 35P:5L, 35P:10L, 35P:15L, 35P:20L, 40P:5L, 40P:10L, 40P:15L dan 40P:20L. Keputusan menunjukkan bahawa paras protein dalam pemakanan mempengaruhi kadar tumbesaran relatif (RGR) dan kadar tumbesaran spesifik (SGR) anak ikan baung secara signifikan (P<0.05). Bagi nilai FCR, tiada perbezaan signifikan (P>0.05) dicatatkan, tetapi dengan peningkatan paras lipid, nilai FCR bertambah baik pada paras protein yang rendah (35%). Secara keseluruhannya, tiada interaksi yang dicatatkan antara pemakanan protein dan lipid terhadap kadar pertumbuhan dan penyimpanan protein. Walau bagaimanapun, Diet 35P:20L (Diet D) telah menunjukkan kadar tumbesaran yang maksimum dan berbeza secara signifikan (P<0.05) dengan diet-diet lain kecuali diet 35P:15L (Diet C). Oleh sebab itu, wujud kesan simpanan protein pada anak baung yang mana spesies ini boleh menggunakan lipid dengan baik pada paras protein yang rendah (35%). Eksperimen II merupakan lanjutan kepada Eksperimen I di mana paras diet yang diuji mengandungi nisbah protein : lipid sebanyak 35P:15L tetapi berbeza daripada segi nisbah asid lemak ω3:ω6 bagi menentukan keperluan nisbah ω3 dan ω6 untuk anak baung.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH1 Natural history (General - Including nature conservation, geographical distribution)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kajihayat (School of Biological Sciences) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 19 Sep 2018 02:35
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41930

Actions (login required)

View Item View Item
Share