Penentu Pemilihan Institusi Perbankan Islam Dalam Kalangan Muslim Di Terengganu

Adnan, Ahmad Azrin (2010) Penentu Pemilihan Institusi Perbankan Islam Dalam Kalangan Muslim Di Terengganu. ["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined] thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (231kB) | Preview

Abstract

Industri kewangan Islam di peringkat global dan Malaysia diakui berkembang pesat. Di sebalik perkembangan ini, setidak-tidaknya wujud tiga permasalahan utama dalam kalangan pengguna perbankan khususnya Muslim di Malaysia. Pertama ialah tentang penguasaan pasaran perbankan Islam yang masih lagi kecil berbanding perbankan konvensional meskipun Muslim adalah kumpulan populasi terbesar di Malaysia. Kedua ialah tentang kedudukan aspek pendidikan kepenggunaan yang tidak berada di tahap yang terbaik. Ketiga ialah tentang kedominan faktor pertimbangan agama (FPA) dalam kalangan pengguna Muslim apabila berurusan dengan bank pada ketika FPA terbukti secara empirikal tidak menjadi paling utama. Berdasarkan realiti ini, cukup menarik untuk diteliti apakah benar pengguna Muslim yang berurusan dengan institusi perbankan Islam (IPI) didorong oleh perasaan takutkan Allah atau hanya sekadar mengikut ragam masa kini bahawa orang Islam perlu memilih bank Islam? Apakah wujud masyarakat Muslim yang ideal di Malaysia, khususnya di negeri yang paling awal menerima kedatangan Islam di Malaysia dan terkenal dengan suasana pendedahan nilai-nilai keIslaman? Justeru, kajian ini cuba mencapai tiga objektif. Pertama ialah mengenal pasti penentu pemilihan bank menurut Muslim yang ideal (PPBMMI). Kedua pula ialah menganalisis realiti penentu pemilihan IPI dalam kalangan Muslim di Terengganu. Ketiga pula ialah menilai kepatuhan PPBMMI dalam kalangan Muslim di Terengganu. Untuk itu, kajian ini terbahagi kepada dua fasa yang dijalankan secara berperingkat.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined])
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 14 Sep 2018 07:50
Last Modified: 14 Sep 2018 07:50
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41881

Actions (login required)

View Item View Item
Share