Adnan, Ahmad Azrin
(2010)
Penentu Pemilihan Institusi Perbankan Islam Dalam Kalangan Muslim Di Terengganu.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Industri kewangan Islam di peringkat global dan Malaysia diakui berkembang pesat. Di
sebalik perkembangan ini, setidak-tidaknya wujud tiga permasalahan utama dalam
kalangan pengguna perbankan khususnya Muslim di Malaysia. Pertama ialah tentang
penguasaan pasaran perbankan Islam yang masih lagi kecil berbanding perbankan
konvensional meskipun Muslim adalah kumpulan populasi terbesar di Malaysia. Kedua
ialah tentang kedudukan aspek pendidikan kepenggunaan yang tidak berada di tahap
yang terbaik. Ketiga ialah tentang kedominan faktor pertimbangan agama (FPA) dalam
kalangan pengguna Muslim apabila berurusan dengan bank pada ketika FPA terbukti
secara empirikal tidak menjadi paling utama. Berdasarkan realiti ini, cukup menarik
untuk diteliti apakah benar pengguna Muslim yang berurusan dengan institusi perbankan
Islam (IPI) didorong oleh perasaan takutkan Allah atau hanya sekadar mengikut ragam
masa kini bahawa orang Islam perlu memilih bank Islam? Apakah wujud masyarakat
Muslim yang ideal di Malaysia, khususnya di negeri yang paling awal menerima
kedatangan Islam di Malaysia dan terkenal dengan suasana pendedahan nilai-nilai
keIslaman? Justeru, kajian ini cuba mencapai tiga objektif. Pertama ialah mengenal pasti
penentu pemilihan bank menurut Muslim yang ideal (PPBMMI). Kedua pula ialah
menganalisis realiti penentu pemilihan IPI dalam kalangan Muslim di Terengganu.
Ketiga pula ialah menilai kepatuhan PPBMMI dalam kalangan Muslim di Terengganu.
Untuk itu, kajian ini terbahagi kepada dua fasa yang dijalankan secara berperingkat.
Actions (login required)
|
View Item |