Kuppan, Anandan
(2011)
Pengaruh Efikasi Kendiri Dan Kolektif Guru Terhadap
Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Sekolah
Dengan Komitmen Kualiti Pengajaran.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh efikasi kendiri dan efikasi kolektif guru terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi sekolah dengan komitmen kualiti
pengajaran. Secara khususnya kajian ini menghuraikan (1) pengaruh kepimpinan transformasi sekolah terhadap komitmen pengajaran dan pembelajaran guru, komitmen inovasi pengajaran serta efikasi kolektif guru, (2) pengaruh efikasi kendiri sebagai moderator terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi sekolah dengan efikasi kolektif guru dan (3) pengaruh efikasi kolektif guru sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi sekolah dengan komitmen kualiti pengajaran.
Actions (login required)
|
View Item |