Kamal, Syazni Zainul
(2009)
Pengoptimuman Penghasilan Dan Penulenan Enzim
Keratinase Daripada Microsporum Gypseum S(F)23
Pencilan Tempatan Menggunakan Fermentasi
Kultur Tenggelam.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Bulu ayam yang mengandungi 90% keratin merupakan bahan buangan industri ternakan
yang dihasilkan dalam kuantiti yang besar setiap tahun. Oleh itu, penyelidikan ini
dirangka bagi menghasilkan enzim keratinase yang berupaya menghidrolisis keratin bulu
ayam kepada protein serta asid amino yang berpotensi digunakan di dalam makanan
ternakan. Pencilan yang digunakan dalam penghasilan enzim keratinase dicamkan
sebagai Microsporum gypseum. Pencilan ini telah dipencilkan melalui kaedah
pengumpanan substrat keratin dari sampel tanah kawasan kandang kuda di Georgetown,
Pulau Pinang. Microsporum gypseum S(F)23 menghasilkan enzim keratinase secara
ekstrasel dan mencapai aktiviti maksimum selepas 6 hari pengkulturan di dalam medium
asas keratin.
Chicken feathers which consist 90% keratin are produce as a waste by poultry processing
industries in huge quantities every year. So, this research was developed to produce
keratinase that are able to degrade keratin into protein and amino acid to be use in poultry
dietary. The isolate that was used in the production of keratinase was identified as
Microsporum gypseum. The isolate was isolated using a baiting technique from soil
sample from a horse stable located in Georgetown, Pulau Pinang. Microsporum gypseum
S(F)23 achieved maximum extracellular keratinase activity after 6 days of incubation.
Actions (login required)
|
View Item |