Sidek, Muhd Norhasri Muhd
(2009)
Kesan Keadaan Pengawetan Dan Pendedahan Terhadap Prestasi Kekuatan Dan Ciri-Ciri Ketahanlasakan Konkrit Mengandungi Metakaolin.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kesan keadaan pendedahan terhadap prestasi kekuatan dan ciri-ciri ketahanlasakan konkrit yang mengandungi metakaolin (MK) telah dikaji. MK telah dihasilkan melalui proses pengkalsinan ke atas kaolin yang didapati daripada sumber tempatan, pada suhu 700°C selama 3 jam. MK telah digunakan sebagai bahan gantian separa terhadap simen Portland biasa (OPC) berasaskan gantian jisim-ke-jisim pada tahap gantian 5, 10 dan 15 %. Nisbah campuran konkrit dikekalkan untuk semua campuran, dengan nisbah air/pengikat yang malar dan dos superpemplastikan yang sama, untuk mengasingkan kesan tahap gantian MK.
The effect of exposure conditions on the strength performance and durability characteristics of concrete containing metakaolin (MK) has been investigated. The MK was produced by calcining kaolin obtained from a local source at a temperature of 700°C for 3 hours. The MK was used to partly replace the ordinary Portland cement (OPC) by direct replacement method on mass-for-mass basis at replacement levels of 5, 10 and 15 %. The mix proportions were kept nominally the same, with constant water/binder ratio and the same superplasticiser dosage for all concrete mixes, so as to isolate the effect of MK replacement levels.
Actions (login required)
|
View Item |