Program pertukaran jarum suntikan dan picagari di Malaysia : cabaran dalam mengkoordinasikan agensi berkepentingan sebagai satu jaringan sosial formal

Zakaria, Ezarina (2010) Program pertukaran jarum suntikan dan picagari di Malaysia : cabaran dalam mengkoordinasikan agensi berkepentingan sebagai satu jaringan sosial formal. ["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined] thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (187kB) | Preview

Abstract

Penglibatan agensi pelbagai sektor dalam melaksanakan Program Pertukaran Jarum Suntikan dan Picagari (NSEP) adalah penting. Walau bagaimanapun cabaran dalam mengkoordinasikan agensi-agensi ini sebagai aktor jaringan sosial masih kurang difahami. Agensi berkepentingan cenderung berbeza antara satu sama lain daripada segi pengalaman, perspektif, ideologi dan kedudukan organisasi. Kajian eksploritari ini dijalankan untuk mengenalpasti cabaran dalam mengkoordinasikan agensi-agensi berkepentingan bagi NSEP. Enam agensi telah dipilih secara bertujuan sebagai responden. Agensi-agensi ini merupakan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Setiap agensi telah memilih wakil mereka untuk ditemubual bagi pihak agensi. Kajian kualitatif ini menggunakan strategi abduktif dan kaedah temubual bersemuka dalam pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan agensi yang dipilih mempunyai pengetahuan yang baik tentang objektif, falsafah dan intervensi NSEP.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined])
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 07 Aug 2018 01:21
Last Modified: 07 Aug 2018 01:21
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41244

Actions (login required)

View Item View Item
Share