Pendekatan Inkuiri Penemuan dan Penerokaan Terbuka : Penerapan Pembelajaran Matematik Berasaskan Stem di Peringkat Sekolah Rendah

Mahamood, Siti Mariam and Rosli, Roslinda (2017) Pendekatan Inkuiri Penemuan dan Penerokaan Terbuka : Penerapan Pembelajaran Matematik Berasaskan Stem di Peringkat Sekolah Rendah. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 774-782. ISBN 9789671544013

[img] PDF
Download (250Kb)

    Abstract

    Perubahan sistem pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah memutuskan beberapa pendekatan baharu dan terkini seiring dengan perkembangan dunia masa kini untuk diserapkan dalam bidang pendidikan. Berdasarkan Panduan Pelaksanaan STEM dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (2016) keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia, terdapat beberapa ciri pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) STEM yang boleh dijadikan panduan kepada guru dalam membantu melaksanakan proses pdpc STEM di dalam bilik darjah Matematik. Pendekatan inkuiri penemuan dan penerokaan terbuka merupakan pembelajaran berpusatkan murid yang berkonsepkan murid menjalani sendiri aktiviti pembelajaran di bawah pantauan dan pengawasan guru. Kertas konsep ini dirangka untuk menghuraikan konsep dan kurikulum Matematik berasaskan STEM dan menerangkan kaedah inkuiri penemuan dan penerokaan terbuka yang merupakan antara ciri pembelajaran matematik berasaskan STEM di peringkat sekolah rendah.

    Item Type: Book Section
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Koleksi Penganjuran Persidangan (Conferences Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
    Date Deposited: 30 Jul 2018 15:07
    Last Modified: 30 Jul 2018 15:07
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41192

    Actions (login required)

    View Item
    Share