Pengetahuan Matematik Untuk Pengajaran Dalam Kalangan Guru Pra Perkhidmatan di IPG

Rahman, Muhamad Nazri Abdul and Zamri, Sharifah Norul Akmar Syed and Eu, Leong Kwan (2017) Pengetahuan Matematik Untuk Pengajaran Dalam Kalangan Guru Pra Perkhidmatan di IPG. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 767-773. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (234kB) | Preview
Official URL: http://www.sspis.usm.my

Abstract

Pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang guru berperanan memastikan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan seterusnya mampu meningkatkan prestasi matematik murid. Tahap penguasaan pengetahuan matematik untuk pengajaran (PMUP) yang rendah dalam kalangan guru secara tidak langsung akan menyumbang kepada pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang kurang berkesan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah: (1) untuk menguji tahap PMUP dalam kalangan guru pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru (IPG), (2) untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan PMUP dalam kalangan guru pra perkhidmatan di IPG. Ini merupakan kajian awal, dan seramai empat puluh orang guru pra perkhidmatan terlibat di dalam kajian ini. Tahap penguasaan PMUP telah diukur dengan menggunakan ujian pensel dan kertas, manakala pengujian hipotesis telah dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan PMUP. Dapatan daripada ujian pencapaian PMUP menunjukkan tahap penguasaan PMUP dalam kalangan guru pra perkhidmatan di IPG adalah pada tahap sederhana. Selain itu, didapati terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi penguasaan PMUP dalam kalangan guru pra perkhidmatan di IPG secara langsung, iaitu peluang untuk menjalani latihan mengajar (β=0.383, p˂0.01) dan peluang untuk mengikuti program pendidikan guru koheren (β=0.557, p˂0.01). Manakala faktor kepercayaan efikasi pengajaran matematik (KEPM) didapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan PMUP. Dapatan daripada kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan di dalam merangka program pendidikan guru yang mampu melahirkan guru matematik yang kompeten selari dengan visi yang telah ditetapkan, iaitu “IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru”. Kata kunci: pengetahuan matematik untuk pengajaran; peluang untuk belajar; kepercayaan efikasi pengajaran matematik; pengetahuan kandungan; pengetahuan pedagogikal kandungan.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 30 Jul 2018 06:52
Last Modified: 30 Jul 2018 06:52
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41191

Actions (login required)

View Item View Item
Share