Alias, Nur Syafiqa and Hamzah, Mohd Izham Mohd (2017) Amalan Kepimpinan Lestari Pentadbir Sekolah dalam Pembangunan Kompetensi Profesionalisme Berterusan Guru. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 760-766. ISBN 9789671544013
|
PDF
Download (193kB) | Preview |
Abstract
Pada masa ini aspek keperkasaan dan kecemerlangan kepimpinan sekolah menjadi agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepimpinan sekolah perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi memastikan misi dan visi sekolah serta dasar pendidikan negara tercapai. Kerajaan telah mempromosikan program pembangunan profesionalisme secara berterusan bagi guru-guru yang sedia ada sebagai satu langkah untuk melengkapkan diri guru dengan pengetahuan, kemahiran, nilai dan amalan professional keguruan. Kertas konsep ini membincangkan tentang amalan kepimpinan lestari pentadbir sekolah dalam pelaksanaan pembangunan kompetensi profesionalisme guru berdasarkan kajian lepas. Perbincangan ini turut meliputi kepimpinan lestari dan model pembangunan profesionalisme berterusan. Antara aspek yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan profesionalisme guru ialah memenuhi keperluan guru, kepakaran fasilitator, pendekatan pembelajaran aktif, peranan pihak pentadbir sekolah dan penglibatan berterusan guru dalam pembelajaran professional.Sebagai penambahbaikan, kertas konsep ini mengutarakan beberapa cadangan bagi memastikan program pembangunan profesionalisme guru dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General) |
Divisions: | Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) |
Depositing User: | Puan Sukmawati Muhamad |
Date Deposited: | 30 Jul 2018 06:27 |
Last Modified: | 30 Jul 2018 06:27 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/41188 |
Actions (login required)
View Item |