Mohamed, Hilmun and Rukiman, Zaihasra and Noor, Noor Shuhailie M.Mohamed (2017) Kesesuaian Kurikulum Kursus DPA1013 Fundamentals of Accounting dan Pencapaian Pelajar Bukan Jurusan Perakaunan: Kajian Kes di Politeknik Malaysia Zon Selatan. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 722-730. ISBN 9789671544013
|
PDF
Download (316kB) | Preview |
Abstract
Kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan dan sebuah pakej kompetensi merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai sikap. Kurikulum adalah sangat penting bagi sesebuah pemberi pendidikan tinggi (PPT). Kurikulum yang bagus akan mencapai matlamat sesebuah program, berjaya melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan, berkemahiran dan pembentukan sikap serta menaikkan imej institusi sebagai output sesebuah institusi pendidikan tinggi. Politeknik merupakan salah satu institusi pendidikan tinggi yang berada di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia menawarkan program dari peringkat Pra-Diploma hingga Ijazah dari pelbagai bidang seperti perdagangan, kejuruteraan, hospitaliti dan lain-lain program. Kursus DPA1013 Fundamentals of Accounting (DPA1013) merupakan kursus wajib semester 1 bagi Jabatan Perdagangan, Politeknik Malaysia (kecuali program Diploma Sains Kesetiausahaan). Kandungan kurikulum dan penilaian kursus ini adalah sama bagi pelajar dari jurusan Perakaunan mahupun bukan jurusan Perakaunan. Mengenalpasti tahap kesesuaian kandungan kurikulum sesuatu kursus adalah amat penting khususnya dalam menilai kesesuaian dan keberkesanan perlaksanaan kurikulum terhadap para pelajar. Penyelidikan deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kandungan kurikulum Kursus DPA1013 berfokus kepada penilaian silibus kepada pelajar bukan jurusan Perakaunan di Politeknik Malaysia Zon Selatan. Soal selidik telah diedarkan kepada 12 orang pensyarah kursus dari 3 buah Politeknik Zon Selatan yang merangkumi 72 item. Dapatan kajian melalui analisa min menunjukkan bahawa Kandungan Kursus Bab 3: Double-Entry Concepts mendapat purata skor min tertinggi (4.38) dan Bab 5: Adjustment Accounting mendapat purata skor min terendah (3.61). Jurang perbezaan peratusan pencapaian sepanjang 3 semester berturut- turut adalah amat besar antara pelajar jurusan Perakaunan dan Bukan Jurusan Perakaunan. Kajian ini akan memberi input awal kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum dalam menambahbaik kurikulum sediada menuju pencapaian Programme Learning Outcome (PLO) sesebuah program kelak.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General) |
Divisions: | Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) |
Depositing User: | Puan Sukmawati Muhamad |
Date Deposited: | 30 Jul 2018 01:54 |
Last Modified: | 30 Jul 2018 01:54 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/41170 |
Actions (login required)
View Item |