Pemahaman dan Keberkesanan Strategi Penjenamaan Dalaman Misi, Visi dan Nilai Korporat UDA Holdings Berhad

Kahar, Wahi Irwan Abd and Isa, Muhamad Qamar Rahman Md (2017) Pemahaman dan Keberkesanan Strategi Penjenamaan Dalaman Misi, Visi dan Nilai Korporat UDA Holdings Berhad. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 706-714. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (254kB) | Preview
Official URL: http://www.sspis.usm.my

Abstract

Penjenamaan dalaman dilihat sebagai satu fenomena baharu dalam sesebuah organisasi atau entiti bagi tujuan pemerkasaan dan pemartabatan jenama kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Tujuan penyelidikan ini dilaksanakan secara total adalah untuk melihat pemahaman, persepsi staf terhadap keberkesanan strategi penjenamaan dalaman dan saling kaitan antara kedua-duanya di UDA Holdings Berhad. Justeru sebanyak tiga (3) persoalan penyelidikan telah diaplikasikan dalam penyelidikan ini iaitu: Apakah kefahaman staf mengenai misi, visi dan nilai korporat UDA Holdings Berhad? Bagaimanakah persepsi staf mengenai keberkesanan penjenamaan dalaman di UDA Holdings Berhad? Apakah saling kaitan antara tahap kefahaman misi, visi dan nilai korporat dengan persepsi terhadap keberkesanan penjenamaan dalaman di UDA Holdings Berhad? Sorotan penyelidikan telah disusun mengikut kepada persoalan penyelidikan ini dengan disesuaikan kepada model strategi komunikasi korporat oleh Paul A. Argenti dan model RACE serta diterjemahkan menerusi rangka kerja penyelidikan. Berikutnya pendekatan kuantitatif menerusi borang kaji selidik telah digunakan untuk pengumpulan data daripada responden di UDA Holdings Berhad. Hasil penyelidikan menunjukkan identiti korporat UDA Holdings Berhad tidak dipromosikan dengan berkesan melalui tindakan yang dirancang dan konsisten.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 27 Jul 2018 03:18
Last Modified: 27 Jul 2018 03:18
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41165

Actions (login required)

View Item View Item
Share