Nyanyian Panton Dalam Tarian Selong Perkahwinan Cocos di Sabah.

Romtie, Isa and Amat, Asmiaty and Samad, Lokman Abd. (2017) Nyanyian Panton Dalam Tarian Selong Perkahwinan Cocos di Sabah. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 692-698.

[img] PDF
Download (144Kb)

    Abstract

    Etnik Cocos merupakan masyarakat minoriti yang menetap di Sabah. Orang Cocos merupakan antara masyarakat yang memiliki pantun dalam adat perkahwinannya. Antaranya pantun mintak anak orang (meminang), melamar, seminggu sebelum perkahwinan dan semasa perkahwinan, iaitu keramaian meraikan pengantin atas pajangan (pelamin). Kajian ini telah dilakukan di Kampung Balung Cocos, Tawau dan Kampung Skim Cocos, Kunak dimana orang Cocos menetap di situ. Pantun Cocos sangat unik dan memiliki persamaan dengan pantun Melayu. Namun begitu, masih terdapat perbezaannya antara kedua-dua pantun seperti dari segi pengucapan dan pemilihan diksinya. Keunikkan pantun Cocos dapat dilihat semasa tarian Selong dilangsungkan. Ketika ini, pengantin akan duduk di atas pajangan (pelamin) yang disaksikan oleh sanak saudara, jiran tetangga dan para tetamu yang hadir. Persembahan tarian Selong akan diadakan selepas acara menarik “daun lepat” dan “melenggok Kemanten.” Persembahan ini akan melibatkan keluarga pengantin lelaki dan perempuan, jiran tetangga dan tetamu yang hadir. Nyanyian pantun akan mengiringi persembahan tarian Selong berserta muzik dan biola. Pantun yang dilagukan terkandung pengajaran dan nilai murni, disamping hiburan kepada pendengarnya.

    Item Type: Book Section
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Koleksi Penganjuran Persidangan (Conferences Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
    Date Deposited: 27 Jul 2018 10:56
    Last Modified: 27 Jul 2018 10:56
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41163

    Actions (login required)

    View Item
    Share