Potensi dan Peranan Program Berorientasikan Perniagaan dan Keusahawanan dalam Membasmi Kemiskinan di Malaysia

Mukri, Norhidayati Nadiha (2017) Potensi dan Peranan Program Berorientasikan Perniagaan dan Keusahawanan dalam Membasmi Kemiskinan di Malaysia. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 684-691. ISBN 9789671544013

[img] PDF
Download (146Kb)

    Abstract

    Perniagaan merupakan bidang yang sangat berpotensi untuk membantu menambah pendapatan dan mengurangkan kemiskinan. Menyedari kepentingan dan potensi perniagaan untuk membantu menambah pendapatan, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bajet yang besar untuk programprogram pembasmian kemiskinan yang menfokuskan kepada perniagaan dan keusahawanan. Justeru kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti potensi dan peranan program yang berorientasikan perniagaan dan keusahawanan dalam membasmi kemiskinan di Malaysia serta menganalisis keberkesanan program-program tersebut dalam membantu golongan miskin keluar daripada kemiskinan. Kajian ini menggunakan analisis kandungan data sekunder seperti laporan-laporan program pembangunan di Malaysia, laporan bajet tahunan, Buku Rancangan Malaysia dan dokumen-dokumen berkaitan untuk mengenal pasti dan menganalisis program-program yang berorientasikan perniagaan dan keusahawanan yang dilaksanakan di Malaysia. Hasil analisis mendapati program yang beorientasikan perniagaan dan keusahawanan sememangnya dapat membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan. Namun begitu, terdapat juga masalah dan kelemahan program-program yang dilaksanakan seperti bantuan yang tidak dimanfaatkan oleh golongan miskin serta kelemahan dalam pengurusan pengagihan bantuan. Oleh yang demikian, penambah baikan terhadap program pembasmian kemiskinan yang berorientasikan perniagaan dan keusahawanan ini perlu dilakukan agar bajet yang diperuntukkan dapat dimanfaatkan secara maksima dalam membasmi kemiskinan di Malaysia.

    Item Type: Book Section
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Koleksi Penganjuran Persidangan (Conferences Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
    Date Deposited: 27 Jul 2018 10:49
    Last Modified: 27 Jul 2018 10:49
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41162

    Actions (login required)

    View Item
    Share