Osman @ Hussin, Ahmad Ridwan and Hussin, Zaharah and Sulaiman, Abdul Muhsin (2017) Kerangka Konseptual Penghayatan Ibadah Maliyah Mahasiswa Islam. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 669-674. ISBN 9789671544013
|
PDF
Download (201kB) | Preview |
Abstract
Artikel ini bertujuan memaparkan sorotan literatur yang dikumpul bagi membentuk kerangka konseptual penghayatan ibadah maliyah. Semua perbuatan, amalan serta kegiatan dalam ibadah Islam itu terbahagi kepada lima bentuk iaitu ibadah qawliyyah, jismiyyah, maliyyah, qawliyyah dan jismiyyah dan qawliyyah, jismiyyah dan maliyyah. Di dalam kajian ini ibadah maliyah merujuk kepada pelaksanaan ibadah yang melibatkan harta yang dikhususkan kepada amalan bersedekah . Teori Tingkah laku Terancang yang diwakili oleh sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku mendasari kerangka konsep ini. Dimensi penghayatan agama sangat disarankan di dalam banyak literatur untuk melengkapi model ini, justeru pengkaji memilih penguasaan ilmu pengetahuan agama dan hubungan emosi (terhadap) agama dan sosialisasi agama ibu bapa digunakan sebagai asas pembentukan kerangka konseptual ini kerana ia menjelaskan sebab kepada tingkah laku keagamaan. Kekuatan pembentukan kerangka konseptual ini ialah penekanan terhadap horizon Islam. Penguasaan ilmu pengetahuan merujuk kepada pemahaman terhadap isi kandungan Al-Quran, Sunnah dan Sirah Rasulullah, manakala hubungan emosi bermaksud hubungan yang rapat dengan Allah.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General) |
Divisions: | Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) |
Depositing User: | Puan Sukmawati Muhamad |
Date Deposited: | 26 Jul 2018 08:24 |
Last Modified: | 26 Jul 2018 08:24 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/41158 |
Actions (login required)
View Item |