Kawalan Sosial dan Pembentukan Inovasi Keselamatan dalam Kalangan Komuniti Perumahan Kos Rendah di Putatan, Sabah

Johari, Mohd Atif and Lyndon, Novel (2017) Kawalan Sosial dan Pembentukan Inovasi Keselamatan dalam Kalangan Komuniti Perumahan Kos Rendah di Putatan, Sabah. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 663-668. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (173kB) | Preview
Official URL: http://www.sspis.usm.my

Abstract

Keberkesanan kawalan sosial formal dan tidak formal yang sedia ada dalam mengawal tahap kesejahteraan komuniti tempatan seringkali dipersoalkan. Hal ini disebabkan, perasaan tidak selamat dan pemahaman mereka tentang kawalan sosial tersebut yang perlu diinovasikan, agar seiring dengan arus perubahan persekitaran sosial dan pemodenan komuniti. Oleh sebab itu, objektif utama kajian ini ialah untuk memahami pandangan dunia komuniti lokal tentang jenis kawalan sosial yang sesuai diwujudkan dan jenis inovasi keselamatan yang telah dibentuk oleh komuniti perumahan kos rendah di Taman Teluk Villa, Putatan Sabah. Kajian ini, menggunakan pendekatan fenomenologi yang berasaskan ontologi idealis dan espistemologi konstruksionis. Kajian ini dijalankan di Daerah Putatan, Sabah. Seramai 20 orang informan telah dipilih dalam kajian ini menggunakan teknik persempelan bukan kebarangkalian iaitu persempelan bertujuan dan bola salji. Data dalam kajian ini dikutip dengan menggunakan teknik temubual mendalam dan perbincangan kumpulan terfokus secara informal. Dapatan kajian mendapati makna rasa selamat, menurut pandangan dunia komuniti lokal ini dibahagikan kepada dua tema utama iaitu nyawa dan kebendaan dan hubungan antara ahli komuniti. Makna selamat berasaskan nyawa terdiri daripada diri sendiri, ahli keluarga, jiran, haiwan perliharaan, harta benda, gangguan orang luar atau asing, kesihatan dan kebersihan dan bencana alam. Seterusnya, makna selamat melibatkan hubungan antara ahli komuniti berasaskan hubungan sosial, nilai moral, kesepaduan sosial dan hubungan bersama agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Kesimpulannya, kajian mendapati bahawa jenis pekerjaan, pendapatan dan tahap pendidikan mempengaruhi interpertasi pandangan makna rasa selamat dan pembentukan inovasi oleh komuniti lokal.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 26 Jul 2018 08:19
Last Modified: 26 Jul 2018 08:19
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41157

Actions (login required)

View Item View Item
Share