Pandangan Cendekiawan Zakat di Malaysia terhadap Pembiayaan Mikro Kredit daripada Dana Zakat

Ibrahim, Muhammad Anas (2017) Pandangan Cendekiawan Zakat di Malaysia terhadap Pembiayaan Mikro Kredit daripada Dana Zakat. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 659-662. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (307kB) | Preview
Official URL: http://www.sspis.usm.my

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis pandangan cendekiawan zakat di Malaysia terhadap pembiayaan mikro kredit daripada dana zakat. Persoalannya, apakah akan dibenarkan penggunaan dana zakat untuk pembiayaan mikro kepada golongan usahawan asnaf kerana zakat adalah pindah milik dana zakat kepada asnaf? Apatah lagi ia dilakukan dalam bentuk qardul hasan dan mudarabah. Dapatan menggunakan kaedah temu mendalam dan analisis kandungan yang merangkumi latar belakang responden dan pandangan serta alasan. Dapatan analisis juga mempamerkan responden menerima kaedah agihan dana zakat dengan cara pembiayaan mikro kepada usahawan asnaf. Ini bagi memastikan perniagaan usahawan asnaf tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan boleh berkembang sehingga mampu mereka mengeluarkan diri daripada asnaf dan menjadi pengeluar zakat.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 24 Jul 2018 02:35
Last Modified: 24 Jul 2018 02:35
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41143

Actions (login required)

View Item View Item
Share