Adaptasi Budaya Melayu dalam Pola Kehidupan Masyarakat Orang Asli (Kuala) di Batu Pahat,Johor

Sayutia, Maryam Syafiqha Mohd and Pawi, Awang Azman Awang and Hamidon, Nor Azlin and Omar, Jamilah (2017) Adaptasi Budaya Melayu dalam Pola Kehidupan Masyarakat Orang Asli (Kuala) di Batu Pahat,Johor. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 626-631. ISBN 9789671544013

[img] PDF
Download (249Kb)

    Abstract

    Kajian ini membuat tinjauan tentang pola kehidupan komuniti masyarakat Orang Asli (Kuala) yang menetap di Batu Pahat. Tinjauan dilaksanakan menerusi kaedah kualitatif dan berfokus kepada tinjauan pustaka berkaitan dengan Orang Asli (Kuala) dan Orang Melayu tempatan. Tinjauan mendapati bahawa sejarah kedatangan golongan pendatang ini hadir terdahulu daripada masyarakat tempatan di Batu Pahat, walau bagaimanapun tiada maklumat tepat yang tepat. Golongan ini merupakan kelompok Melayu Proto yang datangnya daripada Kepulauan Riau, Sumetara Indonesia iaitu merupakan salah satu kelompok Orang Asli di Malaysia. Sekarang, golongan Orang Asli (Kuala) ini lebih cenderung mengamalkan budaya Melayu dan dalam menuju ke arah menjadi Melayu. Proses asimilasi dan amalgamasi yang dilalui oleh golongan ini sejak sekian lama, telah menyebabkan sebahagian besar mereka tidak lagi mempertahankan budaya yang kurang sesuai dengan corak kehidupan masyarakat Melayu. Pergeseran bukan sahaja berlaku terhadap budaya, malah aspek kehidupan juga mempamerkan keadaan yang sama. Makalah ini cuba mendeskripsikan Orang Asli (Kuala) dan meninjau perubahan budaya dan sosio budaya Orang Asli (Kuala) di Batu Pahat pada masa ini.

    Item Type: Book Section
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Koleksi Penganjuran Persidangan (Conferences Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
    Date Deposited: 20 Jul 2018 14:58
    Last Modified: 20 Jul 2018 14:58
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41120

    Actions (login required)

    View Item
    Share