Pengetahuan dan Kemahiran Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) dalam Pembelajaran

Zazam, Siti Mariam and Osman, Kamisah (2017) Pengetahuan dan Kemahiran Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) dalam Pembelajaran. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 619-625. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (251kB) | Preview
Official URL: http://www.sspis.usm.my

Abstract

Kajian mengenai pengetahuan dan kemahiran guru terhadap pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dijalankan ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains di sekolah rendah. Ia bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru dalam melaksanakan pemupukan KBAT dalam proses pembelajaran. Kajian tinjauan dijalankan ke atas 35 orang guru dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu merangkumi faktor demografi guru dan dua konstruk kajian iaitu pengetahuan dan kemahiran. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai tahap pengetahuan (skor min 3.83,s.p=0.56) terhadap pemupukan KBAT yang tinggi tetapi mempunyai tahap kemahiran terhadap pelaksanaan KBAT yang sederhana dengan skor min 3.48 (s.p=0.52). Hasil kajian yang diperoleh dapat memberikan maklumat kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutamanya bagi merancang dan merangka strategi-strategi untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan guru. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada pentadbir-pentadbir sekolah dan guru-guru terutamanya guru-guru pendidikan sains di sekolah rendah. Hal ini kerana pendidikan sains yang diajar pada peringkat rendah merupakan pencetus untuk meningkatkan minat murid terhadap sains ke arah yang lebih tinggi lagi. Dalam pada yang sama, guru-guru berusaha untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi mereka dan juga murid-murid.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 20 Jul 2018 06:54
Last Modified: 20 Jul 2018 06:54
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41119

Actions (login required)

View Item View Item
Share