Faktor-Faktor Kejayaan Pegawai Undercover Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam Penyiasatan Kes Rasuah

Manan, Mohd Saud Ayutollah Abdul and Aziz, Rahimah Abdul (2017) Faktor-Faktor Kejayaan Pegawai Undercover Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam Penyiasatan Kes Rasuah. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 566-572. ISBN 9789671544013

[img] PDF
Download (149Kb)

    Abstract

    Kegiatan jenayah bersindiket yang semakin berleluasa di Malaysia menyebabkan agensi penguatkuasaan di Malaysia khususnya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggunakan pendekatan Intelligence Based Investigation melalui operasi undercover. Kesukaran dalam menjalankan siasatan secara terbuka menyebabkan pegawai undercover diperlukan. Hal ini kerana pendekatan undercover membolehkan penyamaran dibuat dalam aktiviti penyusupan ke dalam persekitaran sindiket. Isu berkaitan dengan perisikan dan penggunaan undercover jarang dibincangkan kerana dianggap sebagai rahsia. Kegagalan dalam pemilihan pegawai undercover adalah salah satu penyumbang kepada kegagalan operasi. Persoalan yang timbul, adakah kejayaan pegawai undercover dalam penyiasatan kes rasuah disebabkan oleh pembawaan identiti yang berkesan?. Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan faktor-faktor kejayaan pegawai undercover dalam penyiasatan kes rasuah. Kajian ini telah dijalankan di SPRM dalam kalangan 10 orang informan yang dipilih melalui kaedah pensampelan bertujuan. Secara umumnya, kajian ini mendapati kejayaan pegawai undercover dalam penyiasatan kes rasuah adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah minat yang mendalam terhadap tugasan yang diberikan boleh mempengaruhi sikap, kemahiran dan pengetahuan seseorang pegawai undercover. Selain daripada itu, tahap motivasi yang tinggi boleh mendorong kepada prestasi kerja yang lebih positif terhadap tugas, tahap integriti dan disiplin yang tinggi semasa menjalankan tugas penyiasatan. Malah pengalaman yang luas dalam operasi turut mendorong kepada kejayaan dalam penyiasatan kes rasuah. Selain daripada kawalan dalaman yang baik dan sokongan yang diterima daripada Jabatan, pemilihan pegawai undercover yang sesuai turut memberi kesan terhadap kejayaan operasi. Secara kesimpulannya kejayaan operasi undercover bergantung bukan sahaja kepada faktor kendiri tetapi juga kepada faktor persekitaran dan sokongan daripada agensi berkaitan.

    Item Type: Book Section
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Koleksi Penganjuran Persidangan (Conferences Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
    Date Deposited: 17 Jul 2018 12:13
    Last Modified: 17 Jul 2018 12:13
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41063

    Actions (login required)

    View Item
    Share