Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

Abdul Rahim, Zulkifli and Ismail, Nor Asmat (2017) Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 315-323. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (151kB) | Preview

Abstract

Kawasan Muda merupakan salah satu kawasan jelapang padi utama di Malaysia. Kawasan ini merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran beras negara. Pelbagai usaha dan pendekatan melalui perbelanjaan kerajaan (subsidi) telah dilaksanakan bagi memastikan kawasan ini terus menyumbang hasil pengeluaran beras kepada negara. Kertas kerja ini bersifat kualitatif dan bertujuan untuk melihat keberkesanan skim subsidi padi yang telah diberikan oleh kerajaan terhadap perubahan hasil pengeluaran padi dan pendapatan petani di kawasan Pengairan Muda. Antara skim subsidi yang dikaji termasuklah harga minimum terjamin, skim subsidi harga padi, skim subsidi baja padi, insentif pengeluaran padi, insentif peningkatan hasil dan insentif pengeluaran benih padi sah. Penelitian daripada kajian lepas mendapati bahawa skim subsidi padi diperlukan bagi meningkatkan pengeluaran padi dan pendapatan petani di kawasan Pengairan Muda secara khususnya dan di jelapang padi yang lain secara amnya. Bagi menjayakan matlamat ini, perbelanjaan kerajaan perlu diteruskan menerusi skim subsidi padi bagi meningkatkan pengeluaran padi sekaligus dapat meningkatkan pendapatan petani padi melalui program pembangunan dan penyelidikan yang holistik.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 25 May 2018 06:29
Last Modified: 25 May 2018 06:29
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/40616

Actions (login required)

View Item View Item
Share