Ali, Suridah and Abdul Aziz, Rahimah and Abdul Mutalib, Mimi Hanida (2017) Penjagaan Jangka Panjang Warga Tua: Sukarela Atau Terpaksa. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 275-282. ISBN 9789671544013
|
PDF
Download (200kB) | Preview |
Abstract
Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang tahun 2035 kerana jumlah warga tua dijangka meningkat. Namun begitu, sebahagian daripada warga tua terutamanya yang sakit dan uzur memerlukan penjagaan daripada orang lain. Penjagaan warga tua ini biasanya dilakukan secara formal atau tidak formal. Bagi yang tidak berkemampuan mereka memilih untuk menjaga warga tua secara tidak formal. Penjagaan warga tua menuntut banyak masa dan ada perlu dilakukan secara jangka panjang. Menjaga warga tua yang sakit dan uzur bukan sesuatu perkara yang mudah kerana ia menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi daripada penjaga. Hal ini kerana sifat semulajadi warga tua yang lemah, uzur dan sakit itu menyebabkan mereka perlu bergantung kepada orang lain. Dalam hal ini timbul soalan adakah penjaga tidak formal menjaga warga tua yang sakit dan uzur itu secara sukarela atau terpaksa. Kertas kerja ini akan membincangkan sebab-sebab yang mendorong penjaga tidak formal menjaga warga tua yang sakit dan uzur sama ada secara sukarela atau terpaksa. Kajian ini telah dijalankan di daerah Besut, Terengganu dalam kalangan 12 orang informan yang dipilih melalui pensampelan snowball. Secara umumnya, kajian mendapati kebanyakan penjaga tidak formal menjaga warga tua atas pelbagai sebab. Antaranya ialah ingin membalas jasa, rasa tanggungjawab, tiada pilihan dan pilihan warga tua. Oleh yang demikian, atas sebab-sebab tersebut yang menentukan mereka melaksanakan tugas penjagaan itu secara sukarela atau terpaksa. Secara kesimpulannya, menjaga warga tua yang sakit dan uzur merupakan satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh penjaga tidak formal sama ada ianya dilakukan secara sukarela atau terpaksa. Walaupun penjaga berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran semasa tempoh penjagaan jangka panjang, mereka tetap perlu menjaga warga tua secara sukarela atau terpaksa.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General) |
Divisions: | Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) |
Depositing User: | Puan Sukmawati Muhamad |
Date Deposited: | 24 May 2018 06:05 |
Last Modified: | 24 May 2018 06:05 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/40579 |
Actions (login required)
View Item |