Daya Tahan (Resilience) Keluarga Pesakit Kecederaan Otak Traumatik (KOT) Bagi Menangani Isu Biopsikososial

Jali, Nor Amalina and Azman, Azlinda and Jamir Singh, Paramjit Singh (2017) Daya Tahan (Resilience) Keluarga Pesakit Kecederaan Otak Traumatik (KOT) Bagi Menangani Isu Biopsikososial. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 269-274. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (205kB) | Preview

Abstract

Kecederaan otak traumatik (KOT) merupakan antara masalah kesihatan yang menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap kecacatan secara akut. KOT kerap berlaku kepada golongan belia dalam lingkungan umur 15 hingga 24 tahun, orang tua yang berusia 65 tahun ke atas dan kanak-kanak pada usia lima tahun ke bawah. Isu KOT menunjukkan kesan yang ketara, bukan sahaja kepada pesakit tetapi juga kepada ahli keluarga. Pesakit KOT akan bergantung kepada keluarga untuk menjaga dan menguruskan keperluan harian mereka. Peranan penjagaan terhadap pesakit KOT adalah mencabar sehingga mengganggu kesejahteraan kehidupan keluarga. Bersandarkan kajian literatur, kertas kerja ini akan meneliti isu biopsikososial keluarga pesakit KOT, sekaligus mengemukakan penerapan daya tahan yang dapat mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh keluarga. Berdasarkan kajian literatur, isu biopsikososial adalah kesan yang timbul di sepanjang tempoh keluarga menjaga pesakit KOT sama ada dari sudut biologikal, psikologikal dan sosial. Berhadapan dengan isu biopsikososial yang membimbangkan, penerapan daya tahan seperti sokongan sosial keluarga serta sumbangan daripada komuniti dan perkhidmatan profesional merupakan evolusi positif bagi membantu keluarga pesakit KOT bangkit semula daripada situasi krisis yang dialami. Kata Kunci: Daya Tahan (resilience), Keluarga Pesakit Kecederaan Otak Traumatik (KOT), Biopsikososial

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 24 May 2018 06:02
Last Modified: 24 May 2018 06:02
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/40578

Actions (login required)

View Item View Item
Share