Kajian Bioremediasi Rumpai Laut Merah (Gracilaria Changii) Ke Atas Bahan Buangan Ternakan Ikan Tilapia Nile (Oreochromis Niloticus) Dan Ikan Siakap Asia (Lates Calcarifer)

Md. Nor, Adibi Rahiman (2011) Kajian Bioremediasi Rumpai Laut Merah (Gracilaria Changii) Ke Atas Bahan Buangan Ternakan Ikan Tilapia Nile (Oreochromis Niloticus) Dan Ikan Siakap Asia (Lates Calcarifer). Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (558kB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah bagi menentukan keupayaan Gracilaria changii (rumpai laut merah) bertindak sebagai agen bioremediasi di dalam kultur ikan tilapia Nile (Oreochromis niloticus) dan ikan siakap Asia (Lates calcarifer). Kajian ini juga dijalankan untuk menilai potensi mewujudkan sistem pengkulturan bersepadu antara ikan dan rumpai laut bagi tujuan mengatasi pencemaran sisa buangan daripada aktiviti akuakultur. Bagi tujuan tersebut, keupayaan G. changii membebaskan oksigen yang diperlukan oleh ikan dan kebolehannya bertindak sebagai penapis NH4+, NO3- dan PO43- hasil bahan kumuhan ikan serta jumlah keperluan oksigen oleh ikan ditentukan. Kebolehan G. changii bertindak sebagai penapis bahan buangan tak organik daripada ikan kemudiannya dibandingkan dengan keupayaan penapis tak organik oleh mikrob dalam Sistem Akuakultur Kitar Semula (RAS). Hasil kajian mendapati bahawa ammonium (NH4+) adalah merupakan sumber N yang lebih digemari oleh G. changii berbanding nitrat (NO3-). Jumlah 50 μM NH4+-N yang dibekalkan setiap tiga hari adalah mencukupi untuk menampung keperluan N untuk 1.0gbb hingga 5.0 gbb G .changii. Kadar Pertumbuhan Spesifik bagi 1.0 gbb G. changii yang diberikan 50 μM NH4+-N adalah yang paling tinggi dengan nilai 2.45 ± 0.78 %h-1 berbanding 1.92 ± 0.44 %h-1 bagi 5.0 gbb G. changii dan 0.52 ± 0.41 %h-1 bagi 20.0gbb G. changii. O. niloticus walau pun dikenali sebagai ikan omnivorous, ia didapati tidak memakan G. changii dan didapati pengambilan oksigen meningkat apabila diberi makanan dan menjadi lebih aktif.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 18 May 2018 08:16
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/40439

Actions (login required)

View Item View Item
Share