Masjid Sebagai Ruang Awam Komuniti Bandar: Satu Kajian Kes Di Bandar Raya George Town, Pulau Pinang

Hj Md Rodzi, Mohd Abbas and Md Noor, Norizan and Sheikh Dawood, Sharifah Rohayah (2017) Masjid Sebagai Ruang Awam Komuniti Bandar: Satu Kajian Kes Di Bandar Raya George Town, Pulau Pinang. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 160-164. ISBN 9789671544013

[img] PDF
Download (163Kb)

    Abstract

    Ruang awam merupakan sutu keperluan penting kepada komuniti di bandar. Kawasan bandar yang padat menyebabkan ruang awam semakin mengecil. Peningkatan jumlah populasi bandar menyebabkan keperluan ke atas ruang awam semakin tinggi. Kajian ini meninjau kesesuaian masjid sebagai ruang awam kepada komuniti bandar. Rumah ibadat seperti Masjid, Gereja, Kuil dan Tokong merupakan ruang awam. Masjid dipilih berdasarkan kepentingannya kepada masyarakat Islam dan bilangannya yang mencukupi bagi Bandaraya George Town. Objektif kajian ini ialah untuk melihat persepsi orang ramai terhadap kemudahan ruang awam, peranan masjid dan keselesaan kemudahannya. Kajian ini juga melihat kepentingan peranan masjid sebagai ruang awam dengan lebih jelas. Kaedah kajian yang dilakukan adalah lebih memfokuskan pada persoalan borang soal selidik. Seramai 100 orang responden dipilih dalam kajian ini. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 20.0. Dapatan kajian merumuskan masjid merupakan ruang awam yang masih tidak digunakan secara optima dan ia berpontensi untuk dianggap sebagai ruang awam komuniti bandar.

    Item Type: Book Section
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Koleksi Penganjuran Persidangan (Conferences Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
    Date Deposited: 21 Mar 2018 14:06
    Last Modified: 21 Mar 2018 14:06
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39712

    Actions (login required)

    View Item
    Share