KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA, ALAM DAN PENCIPTA DALAM PERUBATAN MELAYU

Yusoff, Wan Faizah Wan (2014) KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA, ALAM DAN PENCIPTA DALAM PERUBATAN MELAYU. In: Merekayasa Kearifan Tempatan Citra Seni Dalam Teknologi. Penerbit Universiti Sains Malaysia, pp. 14-25. ISBN 978-983-861-633-1

[img]
Preview
PDF
Download (281kB) | Preview

Abstract

Pandangan semesta yang berkait rapat dengan fahaman dan kepercayaan merupakan antara elemen yang penting dalam usaha memahami pemikiran dan tingkahlaku sesebuah masyarakat. . Pandangan atau persepsi tersebut turut mempengaruhi sistem perubatan lokal masyarakat Melayu.Kajian terhadap kaedah dan teknik perubatan Melayu menunjukkan penekanan kepada keseimbangan antara elemen sejuk dan panas serta keharmonian dengan alam, manusia and Tuhan melalui gabungan sumber alam seperti akar kayu, flora dan fauna yang disesuaikan dengan keadaan fizikal manusia serta disusuli doa, ayat-ayat al-Quran mahupun zikir. Ciri-ciri perubatan yang melibatkan gabungan antara sains dan agama ini memperlihatkan kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam menggabungkan elemen-elemen alam dan kepercayaan bagi tujuan penyembuhan dan pencegahan penyakit. Perubatan Melayu tradisional yang memperlihatkan kekuatan intelektual masyarakat ini memberikan sumbangan yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu dan mampu meletakkan perubatan Melayu sebaris dengan sistem perubatan lain yang kini telah diiktiraf sebagai perubatan berbentuk holistik. Justeru, kajian secara menyeluruh perlu dilakukan bagi mengkaji aspek-aspek lain berkaitan perubatan Melayu agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan ilmiah dan sumber yang mampu dihargai oleh generasi akan datang.

Item Type: Book Section
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Book Section/Chapter
Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Wan Faizah Wan Yusoff (Health Sciences)
Pusat Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Centre) > Book Section/Chapter
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 12 Mar 2018 04:03
Last Modified: 12 Mar 2018 07:19
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39484

Actions (login required)

View Item View Item
Share