PENGARUH AGAMA DAN ADAT DALAM PENERIMAAN MASYARAKAT MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU TERHADAP PERUBATAN BARAT SEWAKTU ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH

Yusoff, Wan Faizah Wan (2013) PENGARUH AGAMA DAN ADAT DALAM PENERIMAAN MASYARAKAT MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU TERHADAP PERUBATAN BARAT SEWAKTU ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH. In: Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara Jilid Tiga: Meneliti Khazanah Sastera, Bahasa Dan Ilmu. Penerbit Universiti Sains Malaysia, pp. 166-179. ISBN 9789838616720

[img]
Preview
PDF
Download (283kB) | Preview

Abstract

Adat dan agama merupakan dua komponen penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Pengaruh adat dan agama dapat dilihat dalam hampir setiap aspek kehidupan bermula daripada sebelum kelahiran hinggalah kepada kematian. Kedatangan British ke Tanah Melayu bukan hanya merubah struktur politik dan pemerintahan Tanah Melayu malah turut memperkenalkan aspek kemodenan dalam bentuk amalan perubatan Barat yang berbeza daripada pemahaman dan pengamalan masyarakat Melayu pada ketika itu. Kajian ini melihat pengaruh adat dan agama dalam dua aspek berbeza iaitu pertamanya dalam membentuk perspektif dan kefahaman Melayu terhadap kesihatan dan penyakit, dan yang keduanya dalam menentukan penerimaan Melayu terhadap pengenalan perubatan Barat sewaktu zaman pemerintahan British di Tanah Melayu amnya, dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu khasnya. Kajian ini akan menunjukkan bahawa aspek kemodenan yang cuba diperkenalkan oleh British telah menerima respon yang berbeza daripada masyarakat Melayu pada ketika itu. Amalan vaksinasi yang mula diperkenalkan dan kemudiannya diwajibkan oleh British pada ketika itu misalnya mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada masyarakat Melayu. Pengenalan konsep perbidanan moden yang agak berbeza daripada amalan ‘tradisional’ masyarakat Melayu sebaliknya gagal mendapat pengiktirafan yang diharapkan terutamanya disebabkan perbezaan pandangan Melayu terhadap aspek-aspek berkaitan kehamilan, kelahiran dan kesihatan ibu dan anak. Adalah diharapkan bahawa kajian ini dapat memenuhi objektif dalam menunjukkan bahawa selain daripada faktor sosioekonomi dan ekonomi politik, adat dan agama masyarakat Melayu turut memainan peranan dalam penerimaan masyarakat Melayu terhadap perubatan Barat sewaktu zaman pemerintahan British di Tanah Melayu.

Item Type: Book Section
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: Pusat Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Centre) > Book Section/Chapter
Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Book Section/Chapter
Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Wan Faizah Wan Yusoff (Health Sciences)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 09 Mar 2018 09:30
Last Modified: 12 Mar 2018 07:18
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39459

Actions (login required)

View Item View Item
Share