Aspek Rekabentuk Fizikal Dan Simbolik Panggung Persembahan Wayang Kulit Kelantan

Amirul, Azrul Azizi and Bahauddin, Azizi and Shafii, A.S Hardy (2016) Aspek Rekabentuk Fizikal Dan Simbolik Panggung Persembahan Wayang Kulit Kelantan. In: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2016, 26-27 September, 2016, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Wayang kulit adalah satu persembahan tradisional masyarakat Melayu Kelantan. Persembahan wayang kulit Melayu Kelantan merupakan medium hiburan utama masyarakat Melayu tradisional hingga mencapai kemuncak penerimaannya pada awal tahun 60-an. Hal ini menjadikan persembahan wayang kulit Melayu Kelantan mempunyai interpretasi kepercayaan dan nilai budaya masyarakat dalam setiap aspek persembahannya. Aspek rekabentuk sesebuah pementasan wayang kulit Melayu Kelantan ini terdiri daripada panggung dan peralatannya merangkumi cahaya, kelir, patung, dalang dan muzik. Rekabentuk sesebuah panggung wayang kulit Kelantan juga mempunyai nilai kepercayaan dan budaya masyarakat dalam setiap aspek daripada proses mendirikan panggung hinggalah setelah persembahan selesai. Pembinaan panggung ini melibatkan aspek fizikal yang melibatkan ukuran dan bahan binaan tertentu manakala aspek simbolik memaparkan hubungan bentuk binaan, upacara dan pantang-larang tertentu dengan sistem kepercayaan masyarakat terhadap agama Islam. Namun, seiring dengan perubahan zaman, wayang kulit Melayu Kelantan semakin terpinggir dengan pelbagai desakan moden.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)

Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Conference or Workshop Item
Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > A.S. Hardy Shafii (Arts)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 09 Mar 2018 07:53
Last Modified: 17 Apr 2019 02:00
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39455

Actions (login required)

View Item View Item
Share