Evolusi Gatekeeping: Satu Kajian Konseptual Ke Atas Kewartawanan Atas Talian

Somasundharam, Hemawathi and Balaraman, Rani Ann (2017) Evolusi Gatekeeping: Satu Kajian Konseptual Ke Atas Kewartawanan Atas Talian. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 153-159. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (318kB) | Preview

Abstract

Kertas ini dirangka untuk meneliti evolusi gatekeeping dalam industri kewartawanan dengan adanya Internet. Gatekeeping didefinisikan sebagai 'regime of control' kerana menentukan kandungan (apa) yang memasuki bilik berita dan disebarkan kepada sirkulasi. Bagaimanapun peralihan kewartawanan tradisional (televisyen, radio & bahan bercetak) kepada kewartawanan atas talian telah memberi ruang kepada pengguna media baru untuk melaporkan kejadian setempat menerusi ruangan media sosial. Fenomena ini mengundang perdebatan ke atas ‘peranan dan kuasa’ gatekeeping dalam kewartawanan atas talian kerana penyebaran maklumat melalui platform sosial tidak melalui proses gatekeeping sepertimana dijalankan oleh media tradisional. Ini kerana media tradisional mengkhususkan bidang tugas editor atau penyunting bagi mengawal pengaliran maklumat kepada awam. Namun begitu, hujahan sarjana seperti Livingstone & Benett (2003); Singer (2008) menyatakan kemajuan teknologi tidak menjejaskan sebarang proses gatekeeping ke atas maklumat yang disebarkan atas talian. Pernyataan ini membuktikan evolusi gatekeeping seiring dengan kemajuan yang dicapai dalam dunia kewartawanan dan kerelevanan proses gatekeeping dalam kewartawanan atas talian. Kajian ini mengetengahkan hujahan sarjana komunikasi dan melihat perbandingan antara model teori Gatekeeping (tradisional) dan Network Gatekeeping Theory (NGT) untuk meneliti evolusi gatekeeping.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 09 Mar 2018 03:32
Last Modified: 21 Mar 2018 05:59
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39435

Actions (login required)

View Item View Item
Share