NILAI DAN SIMBOLISME SIRIH DALAM BUDAYA SERTA PERUBATAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA

Yusoff, Wan Faizah Wan (2014) NILAI DAN SIMBOLISME SIRIH DALAM BUDAYA SERTA PERUBATAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA. In: 4th International Conference on Local Knowledge, 12 – 13 October 2014, Kuching, Sarawak, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (177kB) | Preview

Abstract

Dalam kebudayaan Melayu, sirih (Piper betle L.) melambangkan rendah diri dan kehormatan sepertimana dapat diperhatikan daripada pepohon sirih yang menjalar dan memanjat tanpa merosakkan tumbuhan perumah. Menurut pandangan masyarakat Melayu terdahulu, gabungan sirih, kapur, pinang dan gambir secara simboliknya menjelaskan setiap ciri yang perlu ada sebagai orang Melayu. Penggunaan sirih tidak hanya terhad sebagai pembuka bicara dan lambang ketertiban serta hospitaliti Melayu malah turut digunakan dalam perubatan tradisional, ritual serta perhubungan dengan semangat atau makhluk halus. Air kunyahan sirih misalnya dipercayai memiliki unsur kepanasan dan kebesaran yang boleh menghalau atau menakutkan hantu syaitan yang jahat. Kepercayaan ini tidak hanya terhad kepada masyarakat Melayu tetapi juga masyarakat India di Malaysia. Selain membawa simbol kesegaran dan kemakmuran, masyarakat India mempercayai bahawa gabungan sirih, pinang dan kapur dipercayai memiliki unsur-unsur pencipta (Brahman), pelindung (Vishnu) dan juga pemusnah (Shiva) yang penting dalam konteks ritual perubatan mereka. Kajian ini melihat nilai dan simbolisme sirih dalam masyarakat Melayu dan India bagi menilai sama ada wujud persamaan budaya di antara masyarakat Melayu dan India di Malaysia khasnya dan Asia Tenggara amnya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Conference or Workshop Item
Pusat Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Centre) > Sekretariat Kearifan Tempatan (Local Knowledge Secretariat) / Centre for Research Initiative (CRI): Liberal Arts & Social Sciences > International Conference on Local Knowledge
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Local Knowledge

Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Dr. Wan Faizah Wan Yusoff (Health Sciences)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 08 Mar 2018 03:36
Last Modified: 12 Mar 2018 07:21
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39397

Actions (login required)

View Item View Item
Share