MANIFESTASI ALAM DALAM FALSAFAH, DIAGNOSIS DAN RAWATAN PENYAKIT BERDASARKAN PERUBATAN AYURVEDA DAN TRADISIONAL MELAYU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Yusoff, Wan Faizah Wan (2017) MANIFESTASI ALAM DALAM FALSAFAH, DIAGNOSIS DAN RAWATAN PENYAKIT BERDASARKAN PERUBATAN AYURVEDA DAN TRADISIONAL MELAYU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN. In: 7th International Conference on Local Knowledge (ICLK 2017), 8 - 9 May 2017, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (294kB) | Preview

Abstract

Manusia dan alam merupakan konsep yang penting dalam pandangan semesta masyarakat tradisional.Konsep ini dapat dilihat dalam pandangan semesta dan kosmologi yang membincangkan persoalan mengenai asal usul kewujudan manusia dan alam semesta, elemen-elemen alam serta manifestasinya dalam perubatan tradisional masyarakat. Dalam konteks perubatan tradisional seperti Ayurveda dan perubatan tradisional Melayu, manifestasi alam ini bukan hanya dapat dilihat dalam falsafah perubatan tetapi juga diagnosis serta rawatan yang diberikan terhadap penyakit. Perbincangan kertas kerja ini memfokuskan konsepsi masyarakat terhadap elemen-elemen alam sama ada yang bersifat fizikal ataupun sebaliknya serta manifestasi pemahaman tersebut terhadap falsafah perubatan mereka.Antara konsep yang akan dibincangkan ialah elemen-elemen alam seperti tanah, air, api, udara dan ether atau lebih dikenali sebagai ruang yang bukan hanya penting dalam konteks komposisi alam tetapi juga badan manusia berdasarkan perubatan Ayurveda. Kajian dilakukan melalui tinjauan bahan bacaan dan temubual dengan pengamal perubatan Ayurveda dan tradisional Melayu. Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang agak ketara dalam kaedah diagnosis dan rawatan perubatan Ayurveda yang memfokuskan kepada ciri-ciri dan tanda-tanda fizikal berbanding perubatan tradisional Melayu yang turut memuatkan elemen lain seperti raksi, ramalan, tahun kelahiran dan sebagainya di samping ciri-ciri dan tanda-tanda fizikal bagi tujuan diagnosis dan rawatan penyakit.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Conference or Workshop Item
Pusat Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Centre) > Sekretariat Kearifan Tempatan (Local Knowledge Secretariat) / Centre for Research Initiative (CRI): Liberal Arts & Social Sciences > International Conference on Local Knowledge
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Local Knowledge

Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Wan Faizah Wan Yusoff (Health Sciences)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 08 Mar 2018 03:27
Last Modified: 12 Mar 2018 07:20
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39395

Actions (login required)

View Item View Item
Share