Cetakan Konvensional Dan Alternatif Sebagai Medium Komunikasi Visual Dalam Seni Tampak Malaysia

Arshad, Mohd Fawazie and Saat, Mohammad Khizal and Shahir, Safrizal (2017) Cetakan Konvensional Dan Alternatif Sebagai Medium Komunikasi Visual Dalam Seni Tampak Malaysia. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 146-152. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (308Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk menyelidik penggunaan kaedah seni cetakan konvensional dan alternatif pada masa kini yang berperanan sebagai medium komunikasi dalam menyampaikan sesuatu makna. Penggunaan media cetakan bukan sahaja terhad kepada medium ekspresif seni halus tetapi sebagai alat komunikasi dalam penyampaian sesuatu maklumat berbentuk visual. Dalam penulisan ini akan membincangkan secara ilmiah bagaimana aspek formalistik, teknik, dan interpretasi visual karya yang dihasilkan ini menjadi batu loncatan sebagai medium yang terbaik bagi menyebarkan informasi komunikasi berbentuk visual kepada masyarakat. Penekanan pengkajian terhadap kaedah penghasilan dalam karya seni yang dirujuk seperti seni cetakan konvensional karya Katak Hendak Menjadi Lembu – Juhari Said, Kerana manusia Kembali ke manusia – Rizo Leong , Akal Di Mata Badut – Samsudin Wahab, Dan Bab 1 Tan – Sabihis Apandi. Manakala karya alternatif pula, karya yang dirujuk adalah Buka Tanah II – Mohd Faizal Suhif, Making Sense Can Sometimes Get Out Of Hand -Shahrul Jamili, Face Off Grey – Izan Tahir Dan M.o.U=Monument of Urbanisation – Hazrul Mazran akan dibincangkan secara terperinci untuk menjawab kepada keberkesanan seni cetakan sebagai medium komunikasi. Penggunaan kaedah diskriptif digunapakai bagi menjelaskan bagaimana melalui pengolahan karya ini membentuk sesuatu maksud. Menerusi penulisan ini akan membentuk satu dapatan yang menjurus kepada peranan penggunaan media cetakan sebagai salah satu bentuk komunikasi menerusi visual yang menterjemah isu-isu semasa yang diolah dengan mengambil kira bahan atau medium cetakan sebagai bahan utama dalam berkarya.

    Item Type: Book Section
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Koleksi Penganjuran Persidangan (Conferences Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
    Date Deposited: 07 Mar 2018 12:53
    Last Modified: 07 Mar 2018 12:53
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39344

    Actions (login required)

    View Item
    Share