Kritikan Sosial Dalam Novel-novel Terpilih Karya Faisal Tehrani

Hasan, Fauzi and Tengku Mohd Ali, Tengku Intan Marlina and Mamat@Mustaffa, Madiawati (2017) Kritikan Sosial Dalam Novel-novel Terpilih Karya Faisal Tehrani. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 138-145. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (176Kb) | Preview

    Abstract

    Faisal Tehrani merupakan antara pengarang tanah air yang proaktif dan prolifik dalam berkarya. Beliau aktif dalam menghasilkan pelbagai genre sastera tetapi lebih menyerlah dalam genre novel. Sepanjang berkarya, pelbagai jenis novel yang dihasilkannya merangkumi novel-novel remaja dan kini berfokus kepada novel-novel dewasa dan serius, seiring dengan kematangan dalam dunia kepengarangannya. Novel-novelnya semakin jelas menyuguhkan pemikiran, idealisme, falsafah, kritikan dan pengamatannya terhadap isu-isu kemasyarakatan dan kemanusiaan yang berlaku di persekitarannya. Di samping itu, novel-novel yang dihasilkan sering menunjukkan kelainan dan pembaharuan daripada pelbagai aspek pembinaan novel. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis kritikan-kritikan sosial yang diungkapkan dalam novel-novel terpilih karangan Faisal Tehrani. Sebanyak lima buah novel akan dianalisis, iaitu Perempuan Politikus Melayu, Manikam Kalbu, Tunggu Teduh Dulu, Bahlut dan Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?. Kritikan sosial yang dianalisis ialah dari tiga aspek, iaitu sosioekonomi, sosial dan politik. Kajian ini dijalankan secara kualitatif yang melibatkan pembacaan yang rapi dan pentafsiran sumber bertulis. Sehubungan itu, novel-novel tersebut akan dianalisis secara tekstual dan konstektual. Novel-novel yang dipilih akan dianalisis berdasarkan tujuan kajian yang ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, Faisal Tehrani menghasilkan novel-novelnya bukan untuk hiburan semata-mata, tetapi untuk menyuarakan kritikan, perasaaan dan pandangan terhadap permasalahan-permasalahan sosial berdasarkan perspektifnya sebagai penulis.

    Item Type: Book Section
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Koleksi Penganjuran Persidangan (Conferences Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
    Date Deposited: 06 Mar 2018 11:00
    Last Modified: 06 Mar 2018 11:00
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39282

    Actions (login required)

    View Item
    Share