Al-Samaʻ Menurut Perspektif Ibn Arabi Dalam Nasyid Kontemporari: Satu Analisis Konseptual

Parman, Mazlina and Shahri, Mohd Hidris and Marni, Nurazmallail (2017) Al-Samaʻ Menurut Perspektif Ibn Arabi Dalam Nasyid Kontemporari: Satu Analisis Konseptual. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 114-120. ISBN 9789671544013

[img] PDF
Download (313Kb)

    Abstract

    Irama adalah cerminan rasa dan emosi yang dilalui oleh manusia. Bagi mendalami rasa yang disampaikan, individu perlu mengaplikasikan deria pendengarannya secara maksimum. Pendengaran atau al-Samaʻ bagi seseorang individu dengan individu lain adalah berbeza lantaran perspektif masing-masing terhadap lirik dan lagu yang didengar juga berbeza. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aplikasi konsep al-Samaʻ oleh Ibn Arabi terhadap nasyid kontemporari, dan menilai metafora cinta yang dicitrakan oleh lirik nasyid tersebut sebagai wahana pencapaian al-Samaʻ secara teori. Konsep al-Samaʻ daripada kitab Futūhāt al-Makiyyah karangan Ibn Arabi diteliti menggunakan kaedah analisis kandungan dan tematik. Melalui Teori Metafora Konseptual (TMK), tiga lirik nasyid diperhalusi untuk melihat keserasiannya dengan genre lagu bagi melahirkan al-Samaʻ. Hasil kajian mendapati bahawa peringkat tertinggi al- Samaʻ dicapai apabila metafora dalam lirik nasyid difahami dengan baik. Situasi ini juga didorong oleh pelbagai faktor seperti persekitaran mendengar dan kesediaan pendengar di samping motivasi dalaman dan juga luaran. Kesimpulannya, pencapaian tahap tertinggi al-Samaʻ tidaklah terikat dengan lirik dan lagu semata-mata tetapi kesediaan pendengar yang memberikan impak besar.

    Item Type: Book Section
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Koleksi Penganjuran Persidangan (Conferences Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
    Date Deposited: 05 Mar 2018 16:01
    Last Modified: 05 Mar 2018 16:01
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39255

    Actions (login required)

    View Item
    Share