Evolusi Ideologi Radikal dalam Sejarah Kebangkitan Gerakan Islam

Hj Abu Bakar, Siti Zubaidah and Yusoff, Kamaruzaman and Mohammad Aslam, Mohd Mizan and Muhammed Kifli, Azura (2017) Evolusi Ideologi Radikal dalam Sejarah Kebangkitan Gerakan Islam. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 91-98. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (259kB) | Preview

Abstract

Pasca serangan 11 September 2001 menggemparkan dunia apabila gerakan-gerakan Islam dikaitkan dengan ideologi radikal yang mengakibatkan keganasan dan kemusnahan. Serangan balas dan pelbagai tekanan dilakukan oleh Barat terhadap dunia Islam kononnya kerana mereka sebagai Polis Dunia perlu mempertahankan keamanan sejagat. Kenyataan bahawa Islam adalah agama radikal jelas bertentangan dengan matlamat ia diturunkan iaitu sebagai rahmatan lil alamin selain hakikat sebenar bahawa radikalisme agama turut wujud di dalam agama-agama samawi yang lain. Namun apa yang sememangnya jelas berlaku adalah tindakan ekstrem pejuang Islam yang merosakkan imej agama sekaligus seolah membenarkan tuduhan oleh Barat. Justeru kajian ini disediakan bagi menerangkan evolusi ideologi radikal yang muncul di dalam sejarah kebangkitan gerakan Islam bermula abad ke 18 sehingga kini. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif dan sumber dapatan dibuat secara kajian kepustakaan, analisis dokumen dan temubual. Hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa terdapat empat fasa meliputi fasa ideologi Wahabi, fasa ideologi Sayyid Qutb, fasa ideologi Salafi Jihadi dan fasa ideologi Salafi Takfiri. Berdasarkan dapatan, dapat disimpulkan bahawa ideologi radikal mula terbentuk berikutan permasalahan semasa umat Islam pada ketika itu seperti perlakuan bidaah, syirik dan ancaman pemikiran dari tamadun Rom dan Parsi, namun berkembang menjadi lebih serius apabila wujudnya penindasan dan kezaliman berterusan oleh Barat sehingga ideologi radikal ini diterjemahkan dengan tindakan ekstrem di akhir fasa gerakan kebangkitan Islam. Ternyata evolusi radikal Islam melalui tempoh yang panjang dengan desakan permasalahan umat semasa dan menjadi lebih signifikan kerana situasi global hari ini yang kompleks.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 05 Mar 2018 06:35
Last Modified: 05 Mar 2018 06:35
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39237

Actions (login required)

View Item View Item
Share