Politik rentas kaum di Malaysia: Bersediakan kita?

Mohd Dzaki, Mohd Zamirul (2017) Politik rentas kaum di Malaysia: Bersediakan kita? In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 84-90. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (188kB) | Preview

Abstract

Persekitaran politik di Malaysia sering ditandai dengan isu perkauman atau dengan kata lain pihak-pihak atau parti-parti politik sering menggunakan isu berteraskan kaum sebagai medan untuk mereka mendapatkan sokongan. Namun sejak kebelakangan ini dilihat terdapat sedikit perubahan bilamana terdapat rakyat terutamanya golongan kelas menengah mula menolak isu perkauman dalam menentukan pilihan politik mereka. Namun dalam masa yang sama juga dapat dilihat pada kawasan-kawasan tertentu percaturan politik masih lagi terikat kuat dengan isu berteraskan kaum yang dibawa oleh sesuatu parti politik. Justeru itu adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis sejauh mana isu yang berteraskan kaum yang dibawa oleh parti-parti politik memainkan peranan penting dalam menyumbang kemenangan mereka. Kajian aktikel ini akan melihat berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang mana menyaksikan keputusan yang agak signifikan dalam politik Malaysia. Bagi pihak pembangkang mereka mengatakan bahawa keputusan PRU-13 adalah menunjukkan bahawa rakyat di Malaysia pada hari ini telah menolak politik yang berteraskan kepada kaum sebaliknya memilih politik yang mengutamakan isu-isu sejagat seperti demokrasi, keadilan sosial, ekonomi dan sebagainya. Sebaliknya bagi pihak Barisan Nasional mereka melihat keputusan PRU-13 yang lepas adalah suatu bentuk “tsunami cina” yang menunjukkan penolakkan secara besarbesaran kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melakukan kajian perpustakaan dan menemubual pemimpin-pemimpin politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang. Hasil kajian tersebut telah dirumuskan bagi menjawab situasi politik rentas kaum di Malaysia pada hari ini. Dari apa yang diperhatikan isu kaum masih lagi memainkan peranan penting dalam percaturan politik Malaysia. Parti-parti politik tidak boleh mengelak dari mengambil kira isu berkenaan kaum dalam memutuskan tindakan politik mereka

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 05 Mar 2018 03:16
Last Modified: 05 Mar 2018 03:16
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39228

Actions (login required)

View Item View Item
Share