KESAN PEMBANGUNAN KAWASAN PERINDUSTRIAN TERHADAP KOMUNITI PESISIR PANTAI DI PASIR GUDANG, JOHOR

Alia, Nurul Fatin and Firdaus, R. B. Radin (2017) KESAN PEMBANGUNAN KAWASAN PERINDUSTRIAN TERHADAP KOMUNITI PESISIR PANTAI DI PASIR GUDANG, JOHOR. In: 2nd USM-International Conference on Social Sciences, 23 – 25 August 2017, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (252kB) | Preview

Abstract

Kawasan perindustrian Pasir Gudang merupakan sebuah kawasan perindustrian yang sedang giat membangun di Johor. Kawasan perindustrian Pasir Gudang dahulunya merupakan sebuah kawasan pedalaman yang hasil ekonominya bergantung kepada komoditi getah. Kini, pembangunan dalam sektor perindustrian telah membawa kepada pertambahan peluang pekerjaan dan pertumbuhan penduduk yang pesat. Hal ini secara langsung telah memberi kesan ke atas taraf hidup dan keadaan sosioekonomi masyarakat setempat khususnya terhadap komuniti pesisir pantai di kawasan Pasir Gudang. Meskipun pembangunan kawasan perindustrian rancak berlaku di sekeliling mereka, namun masih terdapat perkampungan di kawasan pesisir pantai yang masih mengekalkan nilai, tradisi dan amalan ekonomi masyarakat desa. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai kesan pembangunan kawasan perindustrian terhadap tahap sosioekonomi komuniti pesisir pantai di kawasan Pasir Gudang. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif melibatkan seramai 60 orang ketua isi rumah yang terdiri daripada komuniti pesisir pantai di Kampung Tanjung Langsat dan Kampung Perigi Acheh. Hasil kajian ini mendapati terdapat perubahan yang ketara ke atas status sosioekonomi komuniti pesisir pantai akibat pembangunan kawasan perindustrian di Pasir Gudang. Antara perubahan positif yang diterima adalah dari aspek pekerjaan dan pendapatan. Manakala kesan negatif akibat pembangunan pesat kawasan perindustrian adalah dari aspek kesejahteraan sosial dan persekitaran.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > International Conference on Social Sciences (ICOSS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Social Sciences (ICOSS)

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Article
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 28 Feb 2018 03:24
Last Modified: 28 Feb 2018 03:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39199

Actions (login required)

View Item View Item
Share