Permainan Tradisional Dan Teknologi: Penelitian Dan Tinjauan Terhadap Persepsi Kanak-Kanak

Ahmad Zahari, Zuriawati and Mat Desa, Mohd Asyiek and Mohd Bakhir, Norfarizah (2014) Permainan Tradisional Dan Teknologi: Penelitian Dan Tinjauan Terhadap Persepsi Kanak-Kanak. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (51kB) | Preview

Abstract

Bermain bukan sahaja memberi keseronokkan malah membentuk struktur sosialis, pemikiran dan komunikasi kanak-kanak terhadap persekitarannya. Kebanyakkan permainan masa kini menerapkan unsur dan nilai “edutainment” dalam permainan. Kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan keseronokkan dan menarik minat kanak-kanak terhadap sesuatu perkara baru. Pada hari ini didapati permainan tradisional semakin kurang atau tidak lagi dimainkan oleh kanak-kanak. Faktor tempat, masa dan jenis permainan itu sendiri memberi impak terhadap perkembangan permainan tradisional. Setiap daripada permainan tradisional ini mempunyai nilai tradisi yang tinggi terhadap masyarakat Melayu dahulu. Permainan tradisional masyarakat Melayu merupakan permainan warisan yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Agak malang pada masa kini, permainan tradisional tidak lagi menjadi permainan utama bagi generasi kini. Generasi muda, terutamnya kanak-kanak kini kurang terdedah dengan kebudayaan permainan tradisional. Mereka lebih terdedah dengan permainan yang berasaskan komputer dan digital. Warisan permainan tradisional perlu dipelihara agar ianya tidak pupus begitu sahaja. Industri permainan merupakan industri yang luas dan besar pengaruhnya. Ini dapat dilihat melalui aplikasi permainan yang mempengaruhi hampir setiap kehidupan manusia termasuklah ekonomi, sosio budaya dan teknologi. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan adalah untuk mengembangkan lagi permainan tradisional Melayu di dalam bentuk aplikasi mudah alih yang mampu menarik golongan kanak-kanak untuk lebih mengenali dan memahami apa itu permainan tradisional di samping budaya dapat dilestarikan. Kajian ini menumpukan kepada pengetahuan, pemahaman dan persepsi kanak-kanak terhadap permainan tradisional dan teknologi. Kaedah yang akan digunakan adalah kualitatif yang menekankan pengumpulan data secara temubual. Temubual ini akan dijalankan terhadap kanak-kanak sekolah rendah yang berbangsa Melayu, berumur di antara 7 sehingga 9 tahun dan disertai seramai 12 orang pelajar lelaki dan perempuan.Hasil dari kajian didapati bahawa permainan tradisional masih kurang diketahui dan dimainkan oleh kanak-kanak pada hari ini. Perubahan sosiobudaya telah mengurangkan minat dan pengetahuan kanak-kanak terhadap permainan tradisional. Sekiranya kanak-kanak didedahkan dengan permainan tradisional seawal pendidikan mereka, hal ini dapat mengurangkan jurang di antara permainan tradisional dan moden seterusnya dapat mengekalkan warisan permainan tradisional dari ditelan arus permodenan. Kandungan penyelidikan ini adalah sebahagian daripada dokumentasi projek Holographic Transdisciplinary Conservation 203/PTS/67270004

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 21 Feb 2018 07:58
Last Modified: 21 Feb 2018 07:58
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39095

Actions (login required)

View Item View Item
Share