Gaya ‘Lukisan Kajian’. Perbandingan Karya Lukisan Pengkaryaan Dan Perekaan: Fenomena Visualisasi

Mohammad, Maria and Ibrahim, Md. Nasir and Mohd Nasir, Mohamad Rusdi and Jiddin, Kasran (2014) Gaya ‘Lukisan Kajian’. Perbandingan Karya Lukisan Pengkaryaan Dan Perekaan: Fenomena Visualisasi. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (130kB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneroka gaya penghasilan‘stroke line’ atau kesan palitan mata pen secara ‘free hand drawing’ dalam menghasilkan bentuk illustrasi 3 Dimensi(3D).Tujuan kajian, adalahmembuat perbandingan ‘Gaya stroke line’(gSLine) antara bidang 'Art'dengan 'Architecture Graphic Presentation Drawing' yang diringkaskan sebagai ‘A+AGPD’. Batasan responden terdiri daripada pelukis artistik dan pelukis illustrasi seni bina yang aktif berkarya dan menghasilkan buku rujukan atau bahan ilmiah.Pengkaji mengkaji perbandingan (gSLine)dikalangan 6 orang responden yang dianggap pakar dalam kajian ini. Isu lukisan ‘free hand’ yang tidak berpekadaran, kejung dan kurang menjadi dikalangan pelajar seni dan seni bina ‘under-graduate’ sering dibincangkan dalam jurnal-jurnal dalam dan luar Malaysia bermula tahun 2001 hingga 2014. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif.Metodologi kajian melalui kaedah secara trangulasi iaitu pemerhatian, rakaman visual serta kajian literature telah digunakan dalam kajian ini.Fenomena (gSLine) dianalisis berdasarkan kepada unsur-unsur seni: garisan, rupa, bentuk, tekstur dan warna dalam menghasilkan illustrasi bentuk 3D secara ‘free hand’. Dapatan kajian secara literatur, mendapati karya artistik dikenali sebagai lukisan pengkaryaan.Manakala lukisan yang dihasilkan oleh pelukis illustrasi grafik seni bina, grafik dikenali sebagai lukisan perekaan.Dapatan kajian daripada 6 orang responden mendapati terdapat tiga perbezaan (gSLine) antara dua disiplin ilmu seni ini iaitu daya visual(perkadaran) ,emosi(seimbang) dan estetik(bernada) yang diringkaskan sebagai (dVEE). Dapatan kajian ini dikumpulkan dalam usaha pengkaji menghasilkan model hibrid ‘Art+Architecture Graphic Presentation Drawing’ (A+AGPD).Teori pemodelan Albert Bandura dan teori gabungan organik dirujuk dalam penghasilan model Proses dalam pembangunan menghasilkan (gSLine) yang berkualiti dalam menjelaskan ‘how’ atau bagaimana lukisan illustrasi 3D yang mempunyai (dVEE) boleh dihasilkan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing Design Illustration
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 15 Feb 2018 06:21
Last Modified: 15 Feb 2018 06:21
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38967

Actions (login required)

View Item View Item
Share