Azman, Farah Nadia and Zaibon, Syamsul Bahrin and Shiratuddin, Norshuhada (2014) Teknik Persembahan Elemen Pendidikan: Perbandingan Antara Komik Umum Dan Komik Pendidikan. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.
|
PDF
Download (182kB) | Preview |
Abstract
Komik merupakan khazanah seni tempatan yang bernilai tinggi. Kebanjiran majalah dan komik yang berkonsepkan infotainmentdi Malaysia memberi petunjuk bahawa masyarakat mula menerima komik sebagai sumber pengetahuan. Walau bagaimanapun, kajian terperinci berkenaan elemen pendidikan dalam media visual ini masih terhad. Maka, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis perbandingan antara komik umum dan komik yang berlabelkan pendidikan dari segi teknik persembahan elemen pendidikan. Elemen utama dalam komik bercetak disenaraikan mengikut kategori berbeza bagi mengenal pasti bagaimana unsur pendidikan diintegrasikan. Analisamenunjukkan bahawa komik umum menyampaikan kandungan pendidikan secara lebih halus dan tersirat. Komik pendidikan sebaliknyajelas menonjolkan kandungan ilmiah secara tersurat sama ada dipaparkan sebahagian dari panel komik ataupun dimuatkan dalam ruang bukan komik berasingan. Dapatan kajian untuk komik pendidikan juga selari dengan definisi komik instructionalyang dinyatakan oleh pelopor seni komik antarabangsa, WillEisner di mana terdapat dua klasifikasi umum komik pendidikan iaitu kandungan bersifat fakta dan kandungan untuk pembentukan sikap
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) |
Depositing User: | HJ Hazwani Jamaluddin |
Date Deposited: | 14 Feb 2018 02:33 |
Last Modified: | 14 Feb 2018 02:33 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/38916 |
Actions (login required)
View Item |