Teknologi Navigasi Maya Dalam Seni Warisan Balai Besar Kedah

Aliff Sazali, Saiful Hilmi and Mat Desa, Mohd Asyiek and Mohd Bakhir, Norfarizah (2014) Teknologi Navigasi Maya Dalam Seni Warisan Balai Besar Kedah. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (103kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan berkaitan teknik navigasi maya dalam penyampaian visual melalui penggunaan kaedah paparan interaktif dalam memperkenalkan seni warisan Balai Besar. Balai Besar telah menjadi salah satu tapak sejarah warisan di Kedah dan kini kian kurang mendapat perhatian dari generasi sekarang. Generasi sekarang kurang mengambil tahu berkenaan tapak-tapak warisan yang menjadi kebanggaan orang di zaman dahulu dan sekaligus sejarah tinggalan akan tiada pewaris yang akan mengenalinya lagi. Penggunaan elemen media baru ini mempunyai tujuan tertentu bagi memperkayakan lagi nilai seni warisan kedah. Isu-isu yang dibangkitkan dalam kajian ini adalah tentang kurangnya pendedahan kepada generasi muda tentang seni warisan kedah. Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan serta cara penyampaian kesenian warisan kedah memerlukan lebih perhatian. Perlaksanaan dari pelbagai bentuk medium untuk mengekalkan kesenian warisan ini perlu dilaksanakan untuk kepentingan generasi sekarang. Melalui projek ini, objektif yang hendak disampaikan adalah menggunakan kaedah teknik navigasi maya untuk menvisualkan suasana di dalam balai besar dalam bentuk 3 dimensi menggunakan teknologi media baru dalam mempromosikan dan memperkenalkan seni warisan Balai Besar Kedah. Perjalanan maya di dalam balai besar tersebut dapat membuatkan penonton berada di satu ruangan perspektif yang berbeza dari keadaan realiti dan ia akan lebih menarik dan tidak membosankan kerana penonton juga akan meneroka dan berinteraksi dengan maklumat dan data yang telah disediakan dalam paparan perjalan maya tersebut

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 14 Feb 2018 02:22
Last Modified: 14 Feb 2018 02:22
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38913

Actions (login required)

View Item View Item
Share