Penyampaian Interaktif Infografik Dalam Teknik Holografi Untuk Memperkenalkan Persembahan Kuda Kepang

Hamid, Ahmad ‘Afif and Ibrahim, Alias and Mohd Bakhir, Norfarizah (2014) Penyampaian Interaktif Infografik Dalam Teknik Holografi Untuk Memperkenalkan Persembahan Kuda Kepang. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (59kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini adalah berkaitan dengan penyampaian visual melalui penggunaan kaedah interaktif infografik menerusi teknik holografi dalam memperkenalkan seni persembahan Kuda Kepang. Persembahan Kuda Kepang telah dikenal pasti sebagai salah satu seni persembahan tradisional Melayu yang hampir lupus ditelan zaman. Penggunaan elemen khas ini mempunyai falsafah tersendiri dan tujuan tertentu bagi memperkayakan lagi nilai seni persembahan kebudayaan. Isu-isu yang dibangkitkan dalam kajian ini adalah tentang kurangnya pendedahan kepada generasi muda tentang persembahan tradisional Melayu di Malaysia terutamanya persembahan Kuda Kepang menerusi platfom media baharu. Hal ini menunjukkan bahawa pembangunan serta cara penyampaian persembahan kesenian warisan Melayu memerlukan lebih perhatian dan dorongan selaras dengan pembangunan globalisasi kini serta mencari solusi untuk mengatasi masalah dalam memperkenalkan dan mengekalkan seni warisan persembahan Kuda Kepang. Melalui penyelidikan ini, tujuan yang hendak disampaikan adalah menggunakan kaedah kombinasi unsur grafik dan teknologi media baharu iaitu holographic interactive infographic dalam mempromosikan dan memperkenalkan persembahan Kuda Kepang. Maklumat dalam interaktif infografik ini merupakan gambaran maklumat tentang keseluruhan persembahan Kuda Kepang yang membolehkan penonton berinteraksi dengan data. Oleh itu, mereka berada dalam perspektif yang berbeza dari maklumat grafik statik. Maklumat interaktif infografik tersebut membolehkan pengguna meneroka sendiri set data yang disediakan mengikut pengaturcaraan yang telah ditetapkan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 14 Feb 2018 02:18
Last Modified: 14 Feb 2018 02:18
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38911

Actions (login required)

View Item View Item
Share